✿Thursday 14 February 2013✿

♥FOLIO : Sutera Dalam Lukisan Karya Abd Talib Hassan


Sinopsis

Bab 1 : Suratan yang Perlu Ku terima
            Novel ini mengisahkan seorang lelaki bernama Bujei yang hidup sebatang kara dan sasau. Dirinya dianggap bodoh, dungu dan tidak berakal oleh penduduk kampong. Bujei sering menghabiskan masanya di tepi sungai sambil melayan perasaannya. Perasaannya mula terganggu apabila bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak. Selepas kejadian itu, ibunya, Fatimah, membawanya berpindah ke kampung dan berkahwin dengan lelaki bernama Harun, seorang duda yang bertugas sebagai mandur di ladang kelapa sawit berhampiran dengan kampungnya. Bapa tirinya seorang yang tidak bertanggungjawab dan sering mengikis wang ibunya. Bujei dituduh oleh Harun sebagai punca kematian ibunya dan penduduk kampung mempercayainya kerana Bujei masih kecil pada waktu itu. Bujei tinggal dengan neneknya dan kemudiannya neneknya pula meninggal dunia. Tragedi itu mempengaruhi ingatan dan fikirannya.

Bab 2 : Inilah Dunia Ciptaannya
            Sidang Saman menegur perlakuan Bujei dan Bujei mengakui dia berbuat sedemikian kerana disuruh oleh Alias. Bujei sangat takut akan Alias kerana dia sering dipukul, disepak dan ditampar oleh Alias sekiranya suruhannya tidak dituruti. Sidang Saman menyuruhnya pulang apabila mendengar bunyi azan. Bujei pulang ke rumah arwah neneknya. Makan malamnya pada malam itu hanya pisang berangan. Dia akan berangan tentang Same’ah, anak kepada Sidang Saman dan Same’ah dianggap buah hatinya. Kebaikan Same’ah menimbulkan perasaan sayang di hatinya. Same’ah telah berjaya mengubah beberapa sifat tabiinya seperti sentiasa menjaga kebersihan. Bujei bangun awal pagi setelah mendengar azan Subuh dan segera bersiap. Bujei menunggu di jambatan dan akan mengikut sesiapa sahaja yang mempelawanya menolong di kebun. Wang upah itu akan digunakan untuk mengisi perutnya pada hari berkenaan. Kasim, Sulaiman dan Husin meminta Bujei membawa beg mereka sebagai balasan makanan yang diminta oleh Bujei. Bujei terus ke kedai Pak Sulong kerana dia masih berasa lapar namun kecewa kerana tiada sesiapa yang mengajaknya minum. Bujei bersandar pada tiang kedai yang kosong dan terkenang akan nasib dirinya yang tiada sanak-saudara. Air matanya berlinangan lalu dia terlena.

Bab 3 : Masih Ada yang Simpati
            Adila dan Same’ah yang dalam perjalanan ke pekan melihat akan keadaan Bujei itu. Adila bersimpati akan keadaan Bujei dan baginya Bujei masih berpeluang untunk sembuh. Same’ah tersenyum apabila mengenangkan kembali kali pertama adila bertemu Bujei. Kejadian itu begitu melucukan. Ketika itu, keadaan Bujei berlainan daripada biasa kerana seluruh pakaiannya basah kuyup dan mukanya bertopeng lumpur seperti badak meredah belukar. Adila ketakutan dan mukanya pucat semasa melihat Bujei. Mereka sama-sama ketawa apabila mengenangkan peristiwa itu. Adila sedar manusia seperti itu banyak dan dia memilih manusia abnormal sebagai bahan kajiannya.

Bab 4 : Siapa yang Mengerti Hatinya
            Alias meminta Bujei membersihkan motornya dengan bersih tanpa mencalarkannya. Bujei tahu bahawa Opah Arah, nenek Alias membencinya dan berdendam padanya walaupun dia tidak berdendam dengan orang tua itu. Sewaktu membasuh motor, Bujei bermain air tanpa menyedari tugasnya belum selesai. Bujei diherdik oleh Alias. Bujei juga mendengar percakapan Alias, Sahak dan Sani tentang tentang kehadiran seorang gadis bernama Adila, yang merupakan seorang graduan university ke kampung itu dan bekerja sebagai penoreh getah. Alias berhasrat untuk  memikat Adila. Selain itu, mereka bercakap tentang budak Kampung Batu Papan. Alias bangga kerana berjaya mendapatkan mereka. Setelah selesai tugasnya, Bujei menghampiri Alias dan meminta bayarannya. Alias menengkingnya dan cuba menampar Bujei. Mak Som menghidangkan sarapan dan memberikannya duit seringgit sebagai upah membasuh motor Alias. Mak Som berpesan supaya dia tidak menerima permintaan Alias lagi untuk mencuci motorsikalnya. Bagi Mak Som, sikap jahat Aliasadalah berpunca daripada mentuanya, Opah Arah yang sentiasa memanjakan Alias. Bujei menyedari dirinya sentiasa diejek dan dipersendakan oleh orang kampung namun dia seolah-olah merelakannya.

Bab 5 : Rajuk yang tak terpujuk
            Adila memberitahu Same’ah akan hajatnya untuk menemuramah Bujei. Adila berasa Bujei masih mampu dipulihkan. Seterusnya, Sidang Saman memberitahu tentang kepulangan ayah tiri Bujei, Harun, ke kampung mengundang seribu pertanyaan. Kepulangan Harun adalah untuk membolot hasil dusun milik arwah ayah Bujei dan Bujei jarang merasai nikmat hasil buah dusunnya. Permintaan Mak Su Bakyah agar kedua-dua anak saudaranya bermalam di rumahnya mendapat kebenaran Sidang Saman sebelum Same’ah berkahwin. Mak Su Bakyah merupakan adik bongsu Sidang Saman yang berumur lingkungan lebih tiga puluh lima tahun dan begitu ramah. Adila menceritakan kisah hidupnya yang sebelum ini belum diceritakan kepada Same’ah. Adila menceritakan akan kekecewaannya akan sikap Faizal yang telah mengecewakannya dengan mungkir janji dan telah berkahwin. Mereka berbual tentang Bujei. Menurut Mak Su Bakyah, Bujei merupakan seorang lelaki yang jujur, ikhlas, baik tapi kurang akal.

Bab 6 : Pasang Umpan
            Bapa tiri Bujei, iaitu Harun telah menemui Sidang Saman dan menyatakan hasratnya untuk menuntut hak daripada harta peninggalan arwah isterinya dan mahu menyogok Sidang Saman jika ketua kampung itu sanggup membantunya. Tanah isterinya yang telah dijual kepada Wak Senen dengan harga yang murah cuba diungkit kembali keran baginya selagi tiada surat pengesahan penjualan, maka tanah tersebut miliknya dan anak tirinya, Bujei. Mak Lamah berasa tidak puas hati terus mendapatkan Sidang Saman setelah mendapati Harun beredar dari rumahnya. Sidang Saman menyabarkan Mak Lamah tidak dapat tidur dengan lena malam itu kerana tergangg oleh setiap percakapan yang didengarnya dan bimbang sekiranya suaminya fasik seprti Harun yang membelakangkan hukum syarak dalam mengendalikan harta anak yatim.

Bab 7 : Malu
            Selepas peristiwa tragis yang menyebabkan kematian ibunya, Bujei bersumpah untuk tidak lagi menghampiri tapak rumah dan tanah sawah peninggalan ibunya. Apabila bertemu dengan Wak Senen, Wak Senen akan memberikannya duit dan dia menyimpan duit tersebut tanpa membelanjakannya. Bujei mengetahui kepulangan bapa tirinya, Harun dan dia sangat takut kerana dituduh penyebab kematian ibunya walaupun dia tahu, dia tidak bersalah. Ketika ingin mengambil buah betik masak di tanah kepunyaan Sidang Saman, dia telah disergah oleh Samsul dan meminta dia ke rumah Adila, kerana sepupunya itu ingin berjumpa Bujei. Bujei ragu-ragu dan malu dengan berita yang disampaikan oleh Samsul. Bujei berjumpa dengan Adiladi bawah pokok belimbing besi. Bujei meggeletar dan percakapannya menjadi gagap. Bujei memperkenalkan dirinya yang sebenar kepada Adila. Nama sebenarnya ialah Mohamad Hafiz. Adila menyatakan tujuannya untuk berkenalan, bertanya tentang diri Bujei dan mengubah dirinya. Bujei menyatakan dirinya bodoh dan semua orang tahu dia tidak betul. Adila menegaskan bahawa dia tidak mahu ikut orang lain. Adila menjelaskan semua perincangan akan dicatat sebagai bahan kajian menyebabkan Bujei menjadi takut kerana berdasarkan pengetahuan yang pernah dinyatakan Alias, repot bermaksud, dia akan dibawa ke balai polis dan akan dihantar ke tempat orang gila. Bujei bangun dan cuba hendak melarikan diri tetapi ditenangkan kembali oleh Samsul. Adila cuba mendapatkan semula kepercayaan Bujei semula. Adila bertanya tentang kasih sayang, kehidupan yang telah lalu, tentang ibu bapanya dan neneknya yang telah meninggal dunia. Sewaktu menceritakan akan kisah kematian ibunya, Bujei berkali-kali menafikan dirinya yang menyebabkan kebakaran rumah. Adila mempercayai Bujei.

Bab 8 : Berharap dalam Curiga
            Pertemuan Adila dengan Bujei menimbulkan perasaan yang tidak senang di hati Alias dan  Sahak kerana mereka berdua menyimpan perasaan terhadap Adila. Alias mengarahkan Sahak memaklumkan kepadanya apabila melihat Bujei menemui Adila. Pada hari berikutnya apabila mengetahui Bujei menemui Adila, Alias terus memandu ke rumah Sidang Saman. Perbincangan Adila dengan Bujei terhenti apabila mereka melihat kelibat Alias. Bujei meminta diri apabila melihat Alias memberi isyarat mengancamnya. Alias mengambil peluang berkenalan dengan Adila dan cuba mempengaruhi Adila dengan menyatakan Bujei mempunyai penyakit kulit yang berjangkit dan maniac. Ketika berbual, Adila melihat isyarat Same’ah memberikan isyarat kepadanya agar memberhentikan perbualan. Mereka beredar setelah Adila meminta diri untuk bersolat Asar. Sementara itu, Bujei yang terpaksa meninggalkan Adila bersama Alias berasa begitu resah dan bimbang Adila akan dipengaruhi oleh  kata-kata Alias terhadapnya. Bujei melangkah longlai ke jambatan dan berhenti di tengah jambatan. Apabila dia ternampak joran di sebelah kiri, dia terus ke sana dan merebahkan badan menikmati kedamaian alam. Bujei terlelap dan dikejutkan dengan oleh orang tang tak ingin dilihatnya. Dia menjadi cemas dan cubaannya untuk melepaskan pegangan Harun tidak berjaya. Bujei ditenteramkan dengan menggunakan nada yang lembut. Bujei berasa orang yang dibenci dan ditakutinya telah berubah. Bujei diminta dan dipujuk agar mengecap jari pada sekeping surat. Bujei ingat pesan Adila dan dia sendiri sudah berani menegakkan haknya. Bujei mengecap jarinya pada surat berkenaan dengan kuat dan menyebabkan kesan jari pada kertas itu tidak jelas. Harun yang pada mulanya tersenyum, akhirnya naik angina kerana surat yang diupah sepuluh ringgit itu rosak dan merugikannya. Ketika ingin menuruni tebing untuk menghukum Bujei, Harun tersungkur ke tanah dan sebahagian badannya tersembam dalam lumpur dan air. Bujei cuba menolong Harun untuk bangun dan membuang lumpur pada baju ayah tirinya. Pertolongan itu dibalas dengan penumbuk, sepakan dan ludahan Harun menyebabkan Bujei tidak sedarkan diri.

Bab 9 : Usah Kau Rayu
Adila dan Same’ah berasa kelibat Bujei yang tidak kelihatan mungkin kerana takut akan Alias. Mak Lamah pula berpesan kepada Adila agar perjumpaannya dengan Bujei tidak mendatangkan fitnah penduduk kampung dan tidak akan kecewa sekiranya berhadapan dengan fitnah. Perbualan mereka terganggu keran kedatangan Faizal. Mak Lamah memaklumkan Faizal ingin berjumpa Adila. Sidang Saman meninggalkan mereka berdua untuk berbincang. Faizal cuba memujuk Adila agar menerimanya kembali dan memberitahu bahawa dia telah bercerai dengan isterinya dan berharap Adila menerimanya kembali. Bagi Adila, Faizal merupakan manusia yang lebih buruk daripada Hafiz. Seterusnya, Sidang Saman bertanyakan Bujei yang tidak dating ke rumah mereka seperti biasa kerana baginya Bujei tidak pernah mungkir janji. Manakala, Bujei yang dibelasah oleh bapa tirinya tersedar daripada pengsan ketika malam telah menjelma. Hajatnya untuk ke rumah Sidang Saman tidak dapat ditunaikan kerana keadaannya semakin teruk dan menyakitkan.

Bab 10 : Bimbang
Adila begitu bimbang apabila Bujei tidak datang berjumpa dengannya seperti biasa di rumah Sidang Saman. Adila meminta penjelasan tentang kesihatan Bujei daripada Same’ah kerana Alias pernah memberitahunya bahawa Bujei menghadapi penyakit kulit dan maniac. Menurut Same’ah, Bujei pernah mengalami alahan teruk setelah terkena pokok rengas sehingga mukanya sembap, merah dan mengelupas. Penyakit ini berjangkit hanya sewaktu sakit dan tidak berjangkit setelah baik. Same’ah  juga menceritakan kembali peristiwa suatu ketika dulu apabila Bujei berjaya memperbodohkan orang-orang kampung. Bujei telah mengambil suatu objek bulat, berlorek warna hijau dan sebesar buah mangga. Alias yang ketakutan kerana berasa Bujei memegang bom telah menghebahkan berita itu kepada semua orang kampung. Menurut Same’ah, dahulu, kampungnya pernah menjadi pangkalan tentera British melawan pengganas komunis. Peralatan ketenteraan yang tidak digunakan ditanam di kawasan masjid. Setelah mendengar berita Alias, orang kampung lari bertempiaran kerana takut akan Bujei. Apabila Bujei memasuki kedai Pak Sulong, semua pelanggan lari meninggalkan kedai, kecuali Pak Sulong kerana tidak sempat berbuat sedemikian. Bujei akhirnay menyerahkan objek tersebut setelah berjaya dipujuk oleh Pak Sulong. Pak Sulong melontarkan putik nenas yang disangka bom itu ke arah orang ramai yang menyaksikannya. Alias akhirnya dipersalahkan kerana menghebohkan berita tentang bom itu.

Bab 11 : Kasihan Bujei
            Alias, Sani dan Sahak berbual tentang Adila dan Alias mengagak Adila mudah untuk dipikat. Pada Alias, Adila bukanlah penuntut universiti di England walaupun dia pernah melihat fail milik Adila. Alias menyatakan niatnya untuk keluar dengan Adila. Ketika berbual mereka ternampak Samsul sedang mencari Bujei kerana Adila sedang menunggu Bujei. Alias meminta Samsul menyampaikan pesanannya untuk berjumpa dengan Adila keesokan harinya. Samsul pulang dan memberitahu bahawa dia tidak menemui Bujei. Adila dan Same’ah berasa cemas lalu mendapatkan kepastian kepada Mak Lamah. Samsul menjelaskan keadaan rumah Bujei gelap dan pintunya terbuka luas, namun kelibatnya tiada. Samsul menyampaikan hajat Alias kepada Adila. Dengan ketawa, Adila menyatakan yang mereka bercadang hendak ke pekan dan akan mengajak Alias bersama. Sidang Saman memarahi Samsul apabila mengetahui Samsul takut untuk melihat Bujei di dalam rumahnya. Selesai solat Magrib, Sidang Saman membonceng Bujei ke rumahnya. samsul cuba memimpin tangang Bujei untuk dibawa masuk ke rumah tetapi ditolak oleh Bujei kerana malu setelah dia tidak mandi dan badannya berbau busuk. Samsul terkejut keadaan Bujei yang kelihatan teruk. Malam itu, Bujei bermalam dalam bangsal kerana akan dibawa ke pekan untuk menggunting rambut dan ke klinik. Bujei telah meluahkan isi hatinya kepada Samsul. Bujei menceritakan kejadian dia dipukul oleh Harun. Bujei menangis sambil mencurahkan isi hatinya. Baginya, Adila telah berjaya menyedarkannya tetapi dia masih takut untuk berubah. Samsul cuba menyabarkan Bujei dan sedar akan kesilapannya yang pernah mempermainkan Bujei. Pagi itu Alias begitu kecewa apabila melihat di dalam kereta Adila dipenuhi sepupunya dan juga Bujei. Adila memaklumkan bahawa dia akan bertemu Alias di pekan. Alias mengangguk lemah dan kecewa. Di pekan, Bujei membeli baju baru dan juga radio sebagai peneman hidupnya. Tiba di rumahnya, hari sudah lewat petang. Usikan Adila untuk ke rumahnya menyebabkan Bujei mengemaskan rumahnya. Namun, kehadiran Alias secara senyap-senyap mengejutkan Bujei semasa asyik mengemas dapur sambil mendengar radio barunya. Alias melambung-lambung radio yang ringan itu dengan perlahan -lahan tapi telah ditegah oleh Bujei. Alias menuduhnya mencuri radio tersebut tetapi disangkal oleh Bujei. Dalam suasana yang tegang itu, Alias sengaja menjatuhkan radio tersebut. Bujei telah menumbuk Alias lalu mencapai parang panjang yang berkarat dan berpura untuk menetak Alias. Alias ketakutan. Bujei mendesak Alias membayar ganti rugi dengan mengugut akan membakar motor Alias sekiranya permintaannya tidak ditunaikan. Bujei menyuruh Alias pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Alias dating kali kedua bersama Sidang Saman dan orang kampung. Setelah perkara sebenar diketahui oleh Sidang Saman, Alias diminta membayar ganti rugi RM80.00 kepada Bujei. Alias menyerahkan RM50.00 dan diarahkan menjelaskan baki selebihnya. Alias dating kali ketiga bersama Opah Arah menyebabkan suasana menjadi bising dengan maki hamun dan kata-kata kesat Opah Arah kepada Bujei. Setelah didesak, akhirnya Alias menjelaskan bayaran baki duit kepada Bujei dengan mencampakkannya ke tanah.

Bab 12 : Kebenaran Terbukti
            Kisah Bujei dan Alias menjadi bualan penduduk kampung. Bujei hanya mendiamkan diri sahaja. Setelah mendengar cerita Pak Longnya, Adila mengetahui bahawa Bujei berada di pihak yang benar. Adila berasa panduan serta didikan yang diberikan pada Bujei adalah betul. Perubahan Bujei membuktikan penyakit Bujei bukan berpunca daripada faktor dalaman tetapi faktor luaran. Bujei seperti dipenjara dalam alam yang tak pernah diingininya. Berdasarkan pemerhatian Adila, Bujei sebenarnya seorang pemuda biasa yang tidak pernah diberi peluang untuk hidup dalam keadaan normal. Bujei mampu membaca dan berdialog tentang bahan bacaannya serta berbahas tentang isu yang dibincangkan. Bujei juga telah banyak berubah. Bujei kini semakin kemas dan perlakuannya sudah teratur. Adila juga semakin teringin untuk bertemu Bujei. Perubahan Bujei diakui oleh Pak Longnya. Menjelang sepuluh hari sebelum perkahwinan Same’ah, Adila telah dipinang oleh Alias yang diwakili oleh Pak Iman, adik kepada Opah Arah. Sidang Saman berjanji akan memberitahu jawapannya selepas meminta tempoh seminggu. Adila menolak pinangan itu. Bujei pula berasa tertipu dengan Adila dan menganggap Adila akan berkahwin dengan Alias dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berkunjung ke rumah Sidang Saman. Alias yakin pinangannya akan diterima.

Bab 13 : Siapa Sangka… Merdu Suaranya
            Bujei kini kehilangan semangat untuk bercucuk tanam di halaman rumahnya sejak mengetahui pinangan Alias. Dia senang dan bahagia bersama-sama Adila walaupun dia sedar terdapat jurang antara mereka. Samsul mengajak Bujei ke rumahnya untuk menolong kerja-kerja persiapan perkahwinan kakaknya. Bujei akhirnya bersetuju setelah didesak oleh Samsul. Adila telah memperkenalkan Bujei kepada ahli keluarganya. Pada malam pengantin, Bujei diminta oleh seorang peminat misteri agar menyampaikan sebuah lagu yang ditujukan kepada tuan rumah. Orang ramai terkejut apabila Bujei naik ke pentas dan dapat menyanyi dengan baik. Selesai menyanyi Bujei terus menghilangkan dirinya. Penduduk menghargai jasa Adila yang berjaya memulihkan semangat Bujei. Adila menyatakan hasrat penduduk kampung yang berkeinginan memohon maaf daripada Bujei atas segala kesilapan mereka yang lalu akan terus membantu memulihkan Bujei.

Bab 14 : Tanah Pusaka
            Bujei terjaga dari tidurnya ketika hari sudah petang. Dia begitu penat kerana membantu dalam majlis perkahwinan Same’ah. Samsul datang ke rumahnya dengan membawa makanan. Samsul juga memeberitahu bahawa Pak Dahlan, ayah Adila mahu berjumpa dengannya. Dia ke rumah Sidang Saman dan ternyata Pak Dahlan mesra terhadapnya. Ketika asyik berbual, Bujei melihat Adila pulang dengan seorang lelaki. Pak Dahlan memperkenalkan Faizal kepada Bujei. Ketika di rumahnya, Bujei mengenangkan dirinya berbanding dengan Adila yang mempunyai banyak perbezaan. Wak Senen dating ke rumahnya. Dia begitu pelik kerana Wak Senen tidak pernah datang pada waktu malam. Wak Senen memberitahu tujuan kehadirannya pada Bujei iaitu tentang isu tanah kepunyaan Bujei telah dijual oleh bapa tirinya, Harun. Wak Senen mahu menyerahkan kembali hak Bujei sekiranya Bujei ingin mengambil semula tanah pusaka arwah ibunya. Bapa tirinya juga berhasrat untuk menjual tanah milik Bujei dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga yang pernah dijualnya dulu. Wak Senen memberitahu bahawa duit yang pernah diberikan untuk Bujei adalah sedekah dan tidak perlu dipulangkan semula dan meminta Bujei berhati-hati dengan Harun supaya tidak ditipu da berjumpa dengan Sidang Saman sekiranya bermasalah. Keesokannya, Bujei ke rumah Sidang Saman dan Bujei sangat gembira apabila Adila memuji nynyiannya. Ketika menurunkan khemah, Bujei mendapat tahu bahawa Faizal bekas tuning Adila daripada Samsul. Bujei berasa keliru dengan berita itu. Samsul meminta Bujei bertanya daripada Adila sendiri. Mereka berehat sambil menikmati laksa asam di bawah pokok belimbing. Kedatangan Adila membuatkan Bujei malu menikmati makanan kegemarannya.

Bab 15 : Serba Salah
          Semenjak Same’ah berkahwin dan dibawa pergi oleh suaminya, Adila berasa sangat sunyi. Dia mula terasa ingin pulang ke Kuala Lumpur. Namun, tanggunggjawabnya untuk melihat Bujei berubah masih belum selesai. Bujei telah banyak berubah hasil keperihatinannya. Mak Lamah pula menasihati Adila agar memberi perhatian kepada kehidupannya. Adila mula teringat akan Faizal yang sentiasa menaruh harapan padanya walaupun jelas ditolak olehnya. Perkara itu menyebabkannya berat hati untuk kembali ke Kuala Lumpur. Lagi pula kajiannya tentang diri Bujei belum selesai dan lengkap. Kadang-kadang Adila merasakan Alias lebih berpendirian berbanding Faizal yang seperti sudah tiada pegangan. Adila tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu dan akhirnya dia tertidur di meja makan di dapur.

Bab 16 : Dirasuk Gelisah
          Alias datang ke rumah Bujei sewaktu Bujei sedang membuat batas tanaman. Bujei bersedia dengan memegang batang cangkul sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Bujei terkejut dengan perubahan diri Alias. Alias memohon kemaafan atas segala tindakan atau perbuatan yang pernah dilakukan oleh Bujei sebelum ini dan mengakui bahawa dialah orang yang mahu memalukan Bujei pada malam majlis perkahwinan Same’ah. Namun, hasratnya tidak tercapai kerana Bujei dapat menyanyi dengan baik dan berbakat. Alias memfitnah kononnya Adila berpenyakit AIDS yang dibawa daripada England dan kerana itu Faizal memutuskan tali pertunangan mereka, lalu dia membawa diri ke kampung. Alias menasihati Bujei supaya tidak rapat dengan Adila. Adila mungkin akan mengajak Bujei berkahwin dan penyakit itu akan berjangkit kepada anak-anak mereka. Kata-kata Alias berjaya menakutkan Bujei dan dia tidak lagi ke rumah Sidang  Saman. Pada hari yang sama, Adila menerima sepucuk surat layang. Dia menangis kerana dirinya difitnah telah rosak dan dikaitkan dengan Bujei. Mak Lamah memujuk dan memberitahu perkara ini akan disiasat oleh Pak Longnya. Adila mengambil keputusan untuk pulang seketika ke Kuala Lumpur bagi menenangkan fikirannya dan akan kembali demi Bujei setelah mendapat ketenangan. Di Kuala Lumpur, Adila diminta oleh ayahnya agar bekerja untuk mengelak dirinya memikirkan perkara yang buruk. Setelah menerima nasihat ayahnya, Adila memilih untuk menjadi pensyarah, namun dia meminta sedikit masa untuk menghabiskan tugasnya bagi memulihkan Bujei.

Bab 17 : Rindu
            Bujei begitu merindui Adila setelah lama tidak bersua walaupun mengetahui tentang penyakit yang dihidapinya. Petang itu, Bujei menunggu kepulangan Samsul dari sekolah untuk bertanya tentang Adila. Samsul mengajaknya ke rumah setelah mengetahui Bujei belum makan lagi.  Bujei bertanya tentang kesihatan Adila mengejutkan Samsul. Samsul meminta Bujei tidak mempercayai akan fitnah. Selesai makan, mereka berehat di bangsal. Mak Lamah mengingatkan mereka tentang merokok dan juga menunaikan solat. Bujei teringat kembali kejahatan yang pernah dilakukan Alias terhadapnya setelah mendengar Mak Lamah menyebut tentang rokok. Alias memaksanya merokok da meminum air teh tarik sekali gus ketika di kedai Pak Sulong. Apabila air bercampur rokok masuk ke dalam mulutnya, air itu menjadi pahit dan meloyakan sehingga dia terbatuk dan air terkumpul di mulutnya itu tersembur ke muka Alias. Semua orang mengetawakan Alias. Mereka sama-sama ketawa apabila mengingatkan kembali peristiwa itu. Samsul juga cuba mendapatkan pandangan Bujei mengenai Adila dan menyatakan keluarga mereka risau fitnah yang menimpa Adila.

Bab 18 : Keliru
          Alias terus datang ke rumah Bujei untuk menasihati Bujei agar tidak lagi berkunjung ke rumah Sidang Saman. Katanya keluarga Sidang Saman sudah pun terkena penyakit itu. Alias menyatakan Adila sudah tidak laku, jadi mereka cuba mengkhawinkan Adila dengan Bujei. Bujei semakin mempercayai kata-kata Alias dan cuba mengelakkan diri dengan Samsul sewaktu kedatangan Samsul menyampaikan berita kepulangan berita kepulangan dan pesanan Adila. Namun, Samsul mendesak Bujei untuk ke hospital melawat pesakit yang sedang terlantar dan memerlukan bantuan darah. Bujei menyangka bahawa Adila sedang menderita di hospital namun tekaannya tidak tepat dan dia terkejut besar apabila mendapati Adila sedang berbual dan ketawa bersama Mak Lamah. Samsul menjelaskan bahawa Sahak dimasukkan ke hospital setelah kemalangan teruk ketika berlumba motorsikal dengan Alias. Sidang Saman pulang memaklumkan bahawa Sahak mengalami kekurangan darah jenis AB. Adila mengakui darahnya sama dan akan berbuat sedemikian jika diperlukan. Kenyataan Adila mencemaskan Bujei dan dia teringat akan kata-kata Alias.

Bab 19 : Aku Cinta Adila
            Akhirnya, Adila telah mendermakan darahnya untuk Sahak dengan hati yang benar-benar ikhlas untuk membantu. Sahak akan pulih tetapi parut luka di bahagian kiri mukanya akan kekal sepanjang hayat. Kemalangan Sahak sedikit pun tidak menginsafkan Alias, malah dia masih berbangga dan keegoannya semakin menjadi-jadi. Kemarahan Alias semakin menjadi-jadi apabila melihat Bujei bersama Adila. Ketika di rumah Bujei, dia memarahi dan mengugut Bujei dengan alasan penyakit yang dihadapi oleh Adila akan berjangkit kepada semuan orang kampung disebabka kelalaian Bujei. Bujei akan dihalau dari kampung sekiranya perkara ini terjadi. Bujei mendapat akal dan berjaya membuatkan Alias kalah dengan sikap angkuhnya sendiri. Bujei meminta Alias mengetuainya untuk menghalau Adila dari kampung kerana penyakit berbahaya yang dihidapi oleh Adila. Alias terkejut akan saranan Bujei dan terpaksa mengaku kalah dengan mengatakan dia perlu mengajak penduduk kampung yang lain untuk menghalau Adila. Alias mendapati Bujei telah banyak berubah dan tidak boleh diperalatkan lagi. Penolakan pinangan dan keakraban hubungan Adila dan Bujei menyebabkan Alias berasa terhina. Kawan-kawannya berasa terancam apabila Alias memberitahu hasratnya untuk menculik Adila. Beberapa pucuk surat pujukan dan rayuan telah diberikan kepada Adila, namun gagal memikat hati Adila. Dengan bantuan neneknya, Opah Arah, Alias cuba mendapatkan ilmu pengasih untuk menundukkan Adila. Dia ke rumah Bujei untuk memujuk Adila untuk menerimanya. Alias kini sudah berubah menjadi manusia yang hilang harga diri, sebaliknya Bujei berubah menjadi seorang pemuda yang berkeperibadian yang unggul.

Bab 20 : Mereka Tidak Ragu-ragu Lagi
            Adila akhirnya meluahkan perasaannya terhadap Bujei dan mahu menjadikan Bujei sebagai suaminya. Hal ini mengejutkan Sidang Saman dan Mak Lamah. Mereka risau dengan penerimaan ibu bapa Adila. Manakala, Sidang Saman pula bersutuju dengan hasrat Adila tetapi perkara itu mesti dipersetujui oleh ibu bapa Adila. Sidang Saman  menjelaskan Bujei masih belum bersedia menjadi suami Adila. Adila perlu menunggu Bujei pulih sepenuhnya. Mereka bertiga akan menyimpan dahulu rahsia berkenaan. Keesokannya, Bujei bertemu Adila seperti biasa. Adila menjelaskan kajiannya telah selesai dan berharap Bujei mampu berdikari. Bujei menyatakan dia benar-benar terhutang budi pada Adila. Adila memberitahu bahawa dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Adila meminta agar Bujei belajar agama daripada Pak Longnya, Sidang Saman. Mereka berbual tentang pertemuan kali pertama mereka dan sama-sama ketawa dengan pengalaman itu. Kelibat seorang pemuda yang berada di luar pagar memerhati mereka di anjung mematikan perbualan mereka. Akhirnya, pemuda yang berseluar pendek dan berbaju panas pucat kotor itu berlalu meninggalkan mereka. Melihat keadaan itu, Bujei berasa dia seperti melihat dirinya dahulu yang kini sudah ditinggalkannya. Mereka berpandangan dan untuk seketika pandangan mereka bertaut. Mak Lamah mengintai mereka dengan harapan akan ada keunggulan buat Adila dan Bujei.


TEMA DAN PERSOALAN

Tema
            Tema novel ini ialah konflik jiwa yang dialami oleh seorang pemuda akibat peristiwa tragis sewaktu kecil. Bujei mengalami konflik jiwa akibat fitnah bapa tirinya dan dianggap tidak siuman oleh penduduk kampung. Dia sentiasa dipesenda dan diperbodohkan oleh penduduk kampung terutamanya Alias. Kehadiran Adila dalam kehidupannya telah membantu memulihkan Bujei menjadi manusia biasa seperti sediakala.

Persoalan
            Persoalan novel ini ialah tanggungjawab sesama manusia, contohnya, sebagai manusia biasa, Adila berasa bertanggungjawab untuk membantu membentuk semula keperibadian Bujei yang hanyut dalam dunianya sendiri tanpa ada sesiapa pun yang membantunya. Selain itu, mengambil kesempatan terhadap insan yang tidak berdaya, contohnya Alias sentiasa menjadikan Bujei seperti kulinya. Seterusnya, sikap suka memfitnah, contohnya Alias yang cemburu dengan hubungna Bujei dengan Adila mendakwa Adila menghidap AIDS dan juga memfitnah Adila seorang perempuan yang telah rosak setelah tidak berjaya memiliki Adila. Seterusnya, prihatin terhadap kesusahan orang lain, contohnya Mak Lamah sentiasa mengambil berat tentang Bujei dan menyediakan makanan untuk Bujei apabila Bujei dating ke rumahnya. Selain itu, kasih sayang mampu mengubah sifat seseorang, contohnya Bujei berasa begitu dihargai apabila Adila sentiasa membimbingnya sehingga berjaya mengubah sifatnya. Di samping itu, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut, contohnya Harun begitu mementingkan diri sendiri dengan mengambil kesempatan terhadap Fatimah yang mempunyai banyak wang peninggalan arwah suaminya dan menghabiskan semua harta itu untuk kepentingan dirinya. Seterusnya, berpegang teguh pada pendirian, contohnya Wak Senen berpegang teguh pada pendiriannya bahawa harta yang dibeli daripada bapa tiri Bujei adalah bukan haknya malah menjadi hak Bujei lalu dia sanggup menyerahkan semula tanah yang sepatutnya menjadi milik Bujei kepada Bujei. Seterusnya, jodoh pertemuan adalah kehendak Tuhan, contohnya Adila pada mulanya agak takut berhadapan dengan Bujei akhirnya jatuh hati pada Bujei dan mahu Bujei menjadi calon suaminya setelah Bujei semakin pulih. Akhir sekali, persoalan keberanian mempertahankan hak, contohnya Bujei begitu berani mempertahankan haknya dengan mendesak Alias membayar semula ganti rugi sebanyak RM80.00 setelah Alias merosakkan radio yang baru dibelinya.


 WATAK DAN PERWATAKAN

Bujei / Mohamad Hafiz
            Bujei anak tunggal kepada Fatimah dan suaminya tentera. Bapanya telah meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Karak manakala ibunya juga meninggal dunia angkara bapa tirinya, Harun dan telah memfitnah Bujei yang menyebabkan kematiannya. Selepas ibunya meninggal dunia Bujei tinggal bersama-sama neneknya. Setelah itu, neneknya pula meninggal dunia. Antara perwatakan Bujei ialah seorang yang penyayang, contohnya dia amat menyayangi ibunya. Buktinya, dia cuba menyelamatkan nyawa ibunya yang pengsan dipukul oleh bapa tirinya yang naik angin apabila tidak mendapat wang lalu menyepak pelita sehingga rumahnya terbakar. Selain itu, mudah percaya akan kata-kata orang lain, contohnya Bujei mempercayai kata-kata Alias kononnya Adila menghidap penyakit AIDS dan mula menjauhi Adila. Selain itu, Bujei seorang yang tidak suka meminta-minta, contohnya Bujei tidak akan meminta-minta untuk mendapatkan makanan kecuali ada yang mempelawanya makan ketika dia merayau-rayau di kedai Pak Sulong. Seterusnya, Bujei seorang yang suka bergaul dengan kanak-kanak, contohnya Bujei lebih senang bergaul dengan kanak-kanak terutamanya Samsul, Kasim, Sani, Sulaiman dan Husin. Selanjutnya, Bujei seorang yang pemalu, contohnya dia agak malu untuk menemui Adila setelah Samsul memberitahu bahawa Adila ingin menemuinya kerana dia sedar akan kekurangan dirinya. Bujei juga seorang yang rajin, contohnya Bujei akan bangun awal pagi untuk menunggu penduduk kampung yang mempunyai kebun getah mempelawanya menolong mereka. Akhir sekali, Bujei seorang yang suka membantu, contohnya apabila diajak oleh Samsul untuk membantu menurunkan khemah kenduri perkahwinan Same’ah, Bujei tidak segan-segan untuk membantu.

Adila
           Adila ialah anak kepada Pak Lang Dahlan dan anak saudara kepada Sidang Saman dan Mak Lamah. Sepupu kepada Same’ah, Samsul dan Saniah. Adila berkelulusan ijazah dari sebuah university di England dan belajar di sana selama lima tahun. Antara perwatakan Adila ialah seorang yang ikhlas membantu orang lain, contohnya Adila ikhlas membantu memulihkan Bujei yang diyakini mampu sembuh sekiranya dibimbing dengan baik. Selain itu, Adila seorang yang bertanggungjawab, contohnya walaupun berhadapan dengan fitnah yang begitu memalukan dirinya bahawa dirinya telah rosak tetapi dia tidak sanggup untuk meninggalkan Bujei yang masih memerlukan bimbingannya. Seterusnya, Adila juga seorang yang tegas dalam membuat keputusan, contohnya Adila tidak menerima Faizal kembali apatah lagi Faizal tergamak menceraikan isterinya demi mendapatkan Adila semula. Di samping itu, Adila juga seorang yang prihatin terhadap orang lain, contohnya Adila risau apabila tidak melihat kelibat Bujei dengan meminta Samsul mencari Bujei yang jatuh sakit setelah dipukul oleh bapa tirinya. Akhir sekali, Adila juga seorang anak yang taat kepada ibu bapa dan orang tua, contohnya Adila taat akan nasihat bapanya apabila bapanya menasihati Adila agar menerima tawaran kerja sebagai seorang pensyarah.

Alias
            Alias ialah anak kepada Mak Som dan cucu kepada Opah Arah serta cucu saudara kepada Tuk Imam Ngah. Alias merupakan seorang cucu yang manja kerana sering dimanjakan oleh neneknya iaitu Opah Arah. Alias juga seorang pemuda yang nakal dan liar dan suka berlumba motorsikal sehingga terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan kawannya, Sahak cedera parah. Di samping itu, Alias juga seorang yang suka membuli, contohnya Alias sentiasa menyuruh Bujei mencuci motorsikalnya dan juga memaksa Bujei terjun ke dalam sungai apabila melihatnya. Seterusnya, Alias seorang yang bersikap pentingkan diri, contohnya Alias sedikit pun tidak rasa bersalah apabila Sahak cedera parah ketike berlumba motorsikal dengannya. Seterusnya, Alias juga seorang yang suka memfitnah, contohnya Alias sanggup memfitnah Adila berpenyakit AIDS kerana tidak mahu Bujei rapat dengan Adila. Akhir sekali, Alias juga seorang yang suka mengugut, contohnya Alias sentiasa mengugut agar pihak polis menangkap Bujei menyebabkan Bujei ketakutan apabila mendengar sesuatu yang berkaitan dengan polis.

Harun
            Harun ialah seorang duda, mandur di ladang kelapa sawit tidak berapa jauh dari kampung. Harun berkahwin dengan Fatimah atas dasar harta dan bukannya cinta. Harun seorang suami mata duitan apabila sanggup menghabiskan harta Fatimah dan setelah habis harta dikikis, dia menjadi seorang suami yang tidak bertanggungjawab dengan sering memukul Fatimah kerana inginkan wang dan menganggap Bujei sebagai beban kerana tidak suka akan anak tiri. Harun juga seorang yang pentingkan diri, contohnya Harun juga akan pulang ke kampung ketika musim buah-buahan untuk mengutip hasil yang lumayan tanpa memberikan sedikit pun bahagian Bujei yang juga berhak ke atas hasil tersebut. Akhir sekali, Harun juga seorang yang kejam, contohnya sanggup menuduh Bujei yang menyebabkan kebakaran padahal dirinya yang begitu kejam apabila telah memukul Fatimah sehingga pengsan dan membiarkan Fatimah hangus dalam kebakaran tanpa berusaha menyelamatkan Fatimah.

Mak Lamah
          Mak Lamah ialah isteri Sidang Saman dan ibu kepada Same’ah, Saniah dan Samsul. Mak Lamah juga ibu saudara kepada Adila. Mak Lamah seorang yang prihatin, contohnya sentiasa prihatin akan Bujei walaupun Bujei tidak siuman dan selalu menyediakan makanan untuk Bujei. Mak Lamah juga seorang yang bertanggungjawab, contohnya Mak Lamah sentiasa menasihati Adila supaya berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan mengenai perasaannya terhadap Bujei. Akhir sekali, Mak Lamah juga amat mengambil berat akan hal agama, contohnya sentiasa mengingatkan Samsul agar bersolat pada waktunya.

Opah Arah
            Opah Arah ialah nenek kepada Alias dan sering memanja-manjakan Alias. Dia seorang yang suka bertindak terburu-buru, contohnya memaki hamun Bujei apabila mengetahui Bujei menyerang cucunya. Akhir sekali, dia juga sentiasa memenuhi keinginan cucunya, contohnya Opah Arah akan melakukan apa-apa sahaja demi cucu kesayangannya termasuklah meminang Adila untuk Alias.

PLOT

Permulaan
            Menceritakan watak Bujei yang digambarkan sering menghabiskan masanya di tebing sungai semenjak melalui peristiwa tragis dalam hidupnya setelah kehilangan ibu tersayang dan peristiwa itu sentiasa mengganggunya. Masyarakat kampung pula menganggapnya gila dan dia rela dirinya dituduh sedemikian. Alias pula sering mengambil kesempatan terhadap Bujei dengan menjadikan Bujei seperti kulinya.

Perkembangan
            Perkenalan dengan Adila telah mengubah kehidupan Bujei yang hidup bersendirian tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Bujei menjadi seorang yang berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Adila juga yakin Bujei masih mampu dipulihkan sekiranya mendapat bimbingan dengan betul. Adila berada di kampung kerana kecewa dengan FAizal yang telah mungkir janji dengannya apabila berkahwin dengan wanita lain. Bujei ada menyimpan perasaan terhadap Adila namun pada masa yang sama, Alias dan Sahak juga meminati Adila.

Perumitan
          Alias akan cemburu akan hubungan baik Adila dan Bujei lalu cuba mengganggu hubungan mereka. Bapa tiri Bujei, Harun datang untuk meminta cap jari Bujei. Tindakan Bujei merosakkan surat pindah milik tanah menyebabkan Harun naik angin. Selain itu, Alias geram apabila Adila membawa Bujei ke pekan dan telah merosakkan radio yang baru dibeli oleh Bujei lalu Bujei menumbuk dan mengugut Alias dengan parang. Bujei tidak lagi membiarkan dirinya diperbodohkan oleh Alias. Tindakan Alias seterusnya untuk menghalang Bujei dengan Adila adalah dengan menyebarkan fitnah bahawa Adila berpenyakit AIDS dan telah rosak serta cuba menjadikan Bujei ‘pak turut’. Hal ini menyebabkan Bujei menjauhi Adila. Adila begitu sedih akan fitnah yang dilemparkan kepadanya dan kembali seketika ke Kuala Lumpur. Bujei pula begitu rindu akan Adila setelah menjauhkan diri daripada Adila. Bujei terkejut apabila Adila yang disangkanya sakit tenat rupanya langsung tidak sakit malah Adila sanggup pula mendermakan darah untuk Sahak yang kemalangan. Hubungan Adila dan Bujei kembali pulih. Alias bertambah geram lalu dia memarahi Bujei kerana tidak menjauhkan diri daripada Adila.

Kemuncak
            Bujei kini semakin mampu berfikir telah meminta Alias mengetuai mereka untuk menghalau Adila dari kampung kerana berpenyakit AIDS. Bujei puas, akhirnya dia berjaya mengenakan Alias yang cuba menjauhkan Adila daripadanya. Alias tidak lagi mengganggu Bujei, namun Alias menjadi semakin tidak tentu arah kerana terlalu mengharapkan Adila menerimanya sehingga sanggup untuk mengenakan ubat pengasih dan menculik Adila, namun hanya diketawakan oleh kawan-kawannya.

Peleraian
            Adila menaruh hati terhadap Bujei dan memberitahu hal itu kepada Pak Long dan Mak Longnya. Mereka menasihati Adila agar bersabar dahulu sebelum berterus-terang kepada Bujei sehingga Bujei betul-betul bersedia untuk menjadi suaminya. Adila menemui Bujei dan memberitahu bahawa dia telah menerima tawaran sebagai pensyarah. Adila telah meminta Bujei untuk belajar agama daripada Pak Longnya. Walaupun sedih, namun Bujei memberitahu bahawa dia terhutang budi atas jasa Adila kepadanya. Mak Lamah yang melihat keadaan itu berharap agar hubungan Adila dan Bujei akan terus berkekalan.

GAYA BAHASA
            Antara penggunaan gaya bahasa yang terdapat dalam novel ini ialah penggunaan peribahasa, contohnya Janji Harun untuk memberikan kasih sayang kepada anak tirinya hanyalah janji pemanis mulut (halaman 8). Antara penggunaan bahasa Inggeris ialah “Tak payah good morning, good morning, Bujei,” (halaman 91). Akhir sekali, personifikasi, contohnya Daun-daun, ranting serta sampah daripada hulu melenggok-lenggok, bagai menari menuju ke hilir (halaman 91).

TEKNIK PENCERITAAN

Pemerian
          Dalam sesebuah novel, teknik pemerian memang sering digunakan oleh pengarang. Teknik ini amat mudah untuk menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran, ataupun pendirian watak dalam membincangkan sesuatu isu. Sebagai contoh halaman 22 pengarang menggambarkan watak Bujei melalui teknik pemerian. Bujei digambarkan akan bangun pada awal pagi untuk menunggu penduduk kampung yang ingin menorah getah. Apabila dipelawa dia akan membantu penduduk kampung di kebun. Hasilnya, dia akan dapat bersarapan upah yang diberi.

Dialog
            Teknik ini digunakan untuk melahirkan pendapat watak tentang isu. Kebiasaannya hanya hal yang penting sahaja dinyatakan dalam bentuk dialog. Di halaman 177, pengarang menulis perbualan antara Bujei dan Samsul. Dalam perbualan itu, Bujei meluahkan perasaannya terhadap Samsul dengan menyatakan bahawa dia tidak bodoh. Bujei menyatakan dia juga mempunyai perasaan seperti orang lain dan dia rasa terharu dengan pertolongan Adila yang membantunya.

Imbas kembali
            Teknik ini digunakan untuk mengimbas kembali sesuatu peristiwa yang dialami oleh watak. Melalui teknik ini, pembaca akan mendapat gambaran sesuatu peristiwa yang menyebabkan perasaan watak terganggu. Sebagai contoh, menerusi halaman 10, Bujei berusaha menyelamatkan nyawa ibunya dalam kebakaran setelah bapa tirinya langsung tidak berusaha menyelamatkan ibunya yang pengsan. Bujei cuba meredah api bagai mendapat kekuatan untuk menyelamatkan ibunya tetapi dirinya dirangkul dengan kasar oleh penduduk kampung agar tidak terkorban sebagaimana ibunya.

Monolog
            Teknik monolog digunakan untuk menggambarkan watak yang sedang berkata dengan diri sendiri untuk meluahkan rasa gembira atau duka. Dalam novel ini, sebagai contoh di halaman 39, pengarang menggunakan teknik ini untuk menggambarkan Adila yang ketakutan apabila melihat Bujei buat kali pertama. Same’ah tergelak apabila menceritakan kembali peristiwa itu kepada Adila dan mereka sama-sama ketawa.

LATAR

Latar masa
            Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah waktu Subuh, contohnya Bujei akan terjaga daripada tidur setelah mendengar azan Subuh. Dia segera mandi dan menyiapkan dirinya untuk mencari rezeki pada pagi itu. Seterusnya waktu pagi, contohnya Bujei sedang menunggu penoreh getah di hujung jambatan dengan harapan dia dipelawa untuk membantu mereka di kebun getah. Seterusnya waktu awal rembang, contohnya Bujei teringat akan Adila dan tidak dapat menahan perasaan rindunya kepada Adila setelah sepuluh hari tidak bertemu. Seterusnya waktu hamper Magrib, contohnya Sidang Saman yang menaiki motorsikal melalui kawasan jambatan begitu terkejut melihat Bujei terjun ke sungai. Seterusnya waktu malam, contohnya Bujei berjalan pulang ke rumahnya setelah tersedar daripada pengsan setelah dibelasah oleh bapa tirinya kerana merosakkan surat serah kuasa harta milik Bujei kepada bapa tirinya. Akhir sekali tempoh masa selama dua bulan, contohnya Adila telah tinggal di kampung selama dua bulan setelah membawa diri apabila tunangnya, Faizal telah berkahwin ketika Adila kembali ke tanah air apabila tamat belajar di luar Negara.

Latar tempat
            Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah sebuah kampung di negeri Perak, jaraknya dari Kuala Lumpur kurang dari dua ratus kilometre dan kira-kira 50 kilometer dari Ipoh. Latar tempat seterusnya ialah Kuala Lumpur, contohnya Adila dan keluarganya menetap di Kuala Lumpur. Seterusnya rumah peninggalan arwah nenek Bujei, contohnya Bujei menetap di rumah peninggalan neneknya setelah ibunya meninggal dunia diikuti pula oleh neneknya. Seterusnya rumah Sidang Saman, contohnya telah dua bulan Adila tinggal di rumah Sidang Saman kerana membawa diri setelah kecewa akan sikap Faizal yang mungkir janji dengannya. Seterusnya tebing sungai, contohnya Bujei terjun ke dalam sungai apabila terdengar deruman motorsikal Alias. Seterusnya rumah Fatimah, contohnya di rumah inilah berlaku tragedy apabila Bujei melihat arwah ibunya meninggal dunia dalam kebakaran akibat perbuatan bapa tirinya. Seterusnya di bawah pokok belimbing besi, contohnya Adila dan Bujei sering bertemu di bawah pokok belimbing besi di luar rumah Sidang Saman untuk mengenali dan Adila membantu memulihkan Bujei. Seterusnya di bawah pokok bunga di hujung jambatan, contohnya Alias menunggu Adila di bawah pokok bunga untuk mengajak Adila ke pekan. Akhir sekali pekan, contohnya di Pekan Adila dan Same’ah membeli barang perkahwinan manakala Samsul dan Bujei ke kedai gunting rambut dan pusat membeli belah.

Latar masyarakat
            Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah pelbagai golongan masyarakat, contohnya golongan tua seperti Sidang Saman, Mak Lamah, Mak Som, Opah Arah dan Pak Lang Dahlan. Manakala, Adila, Bujei, Faizal, Same’ah, Alias, Sahak dan Sani mewakili golongan muda dan golongan kanak-kanak diwakili oleh Samsul, Zulkarnain dan Husin. Seterusnya masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri, contohnya apabila Harun mengikis semua harta ibu Bujei setelah mengahwininya dan menyebabkan Bujei kehilangan ibu pada usia yang kecil. Selain itu, masyarakat yang memandang rendah kepada golongan yang tidak bernasib baik, contohnya masyarakat kampung sering mengatakan Bujei bodoh, dungu dan tidak berakal. Di samping itu, masyarakat yang beragama Islam, contohnya Mak Lamah sering mengingatkan Samsul agar bersolat apabila tiba waktu solat. Seterusnya masyarakat yang berpendidikan tinggi, contohnya Adila menuntut di luar negara selama lima tahun. Akhir sekali, masyarakat yang mudah percaya akan tohmahan, contohnya masyarakat kampung percaya bahawa Bujei yang menjadi penyebab kematian ibunya setelah difitnah oleh bapa tirinya.

NILAI MURNI
            Antara nilai yang terdapat delam novel ini ialah kasih sayang, contohnya Bujei amat menyayangi ibunya. Walaupun masih kecil, dia cuba untuk menyelamatkan nyawa ibunya ketika kebakaran akibat perbuatan bapa tirinya. Seterusnya baik hati, contohnya Adila dan Samsul begitu baik hati apabila membawa Bujei ke klinik setelah dipukul oleh bapa tirinya. Seterusnya kerjasama, contohnya Adila banyak menolong Same’ah menguruskan persiapan untuk majlis perkahwinannya seperti menyiapkan bunga telur dan juga bersama-sama ke pekan untuk membeli peralatan perkahwinan. Seterusnya hormat-menghormati, contohnya Adila begitu menghormati Bujei walaupun Bujei seorang yang abnormal dengan memanggil Bujei mengikut namanya yang sebenar iaitu Hafiz. Seterusnya semangat bermasyarakat, contohnya penduduk kampung sama-sama berganding bahu dalam menguruskan majlis perkahwinan Same’ah. Seterusnya keberaniancontohnya Bujei begitu berani menuntut semula haknya apabila mendesak Alias membayar semula ganti rugi setelah Alias merosakkan radionya. Selanjutnya, keadilan, contohnya Sidang Saman bertindak adil dalam menyelesaikan perbalahan antara Bujei dan Alias dengan mengarahkan Alias membayar baki ganti rugi terhadap Bujei setelah merosakkan radio Bujei. Akhir sekali, belas kasihan, contohnya Wak Senen yang simpati akan nasib Bujei sentiasa memberikan wang kepada Bujei.

PENGAJARAN
            Terdapat beberapa pengajaran daripada novel ini, antaranya kita haruslah membantu golongan yang tidak bernasib baik, contohnya Adila yakin dengan membantu memulihkan Bujei, Bujei akan kembali normal. Seterusnya kita perlulah menyiasat apa-apa dakwaan sebelum mempercayainya, contohnya Bujei tidak akan menjadi “kurang siuman” jika dakwaan Harun bahawa Bujei yang menyebabkan kematian Fatimah diperiksa dahulu. Selain itu, kita hendaklah menghormati hak-hak anak yatim, contohnya sikap Harun yang hendak menguasai harta yang dipusakai  oleh Bujei tidak harus dijadikan ikutan. Di samping itu, kita hendaklah mengamalkan sikap kejujuran pada setiap keadaan, contohnya Wak Senen jujur kerana mengambilkan tanah pusaka yang dibelinya secara tidak sah daripada Harun kepada Bujei semula. Akhir sekali, kita mestilah berani kerana benar, contohnya Bujei berani melawan Alias dan menuntut haknya setelah Alias merosakkan radionya.





✿Wednesday 26 December 2012✿

✿Friday 8 June 2012✿

♥excusez-moi

la première chose que vous devez savoir sur moi, c'est que je resterai à jamais SH aime obstacles quelles que soient là-bas. J'espère que vous pouvez me comprendre. Je suis désolé parce que j'ai blessé votre cœur.

♥Ravi de vous rencontrer

quand je t'ai connu, je n'aurais jamais imaginé que j'aurais des sentiments forts pour vous. Je n'aurais jamais pensé que je pourrais avoir des rêves au sujet de vous-même ou manquer d'être à vos côtés ou obtenir des papillons dans mon estomac quand quelqu'un mentionne votre nom. lors de la première que je t'ai rencontré, je n'aurais jamais pensé que je vous aime!

♥I felt something disturbing and my heart when I see you

when i first met you, i never would have imagined that i would have such strong feelings for you. i never would have thought that i would have dreams about you or miss being by your side or get butterflies in my stomach when someone mentions your name. when first i met you, i never would've thought that i would love you!

✿Friday 1 June 2012✿


rindu nye kat kau !
lame tak borak n chat ngan kau..
masing2 busy kan?
erm,, it's ok..
bile da abes blaja kan kte boleh borak panjang2 kan?
i'm waiting for you SH.. :)
always loving you.. forever..

✿Saturday 31 December 2011✿

♥seronok nye.. :)


Tahniah! Permohonan Anda Telah Berjaya
 Angka Giliran Calon
:
JA001K103 




 
 Nama Calon
:
YUSRA NADZIRAH BINTI RAMLI 
 No Telefon
:
0137300246 
 Nama Sekolah
:
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK CHENOR.
 
28100, TEMERLOH,
PAHANG.
09-2995330
 
 Kursus Ditawarkan
:
AGROTEKNOLOGI 
 Tarikh Daftar
:
9 JANUARI 2012**